Muaz bin Jabal r.a memberitakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawa penghuni-penghuni syurga setelah tibanya di syurga tidak akan menyesal dan tidak akan berdukacita mengenai suatu apapun kecuali masa yang telah berlalu dalam dunia tanpa zikrullah."
Apabila penghuni-penghuni syurga menyaksikan pahala ganjaran yang bertimbun-timbun laksana gunung bagi sebutan nama Tuhan yg Maha Suci yang ia sebutkan didalam dunia hanya sekali sahaja.Maka dia akan menyesal seraya berkata, " Alangkah ruginya aku kerana masaku yang banyak terbuang di dunia tanpa zikir."
Hafiz-ibnu-Hajar rah.a menulis dalam kitabnya 'Al-Munabbihat' bahawa Yahya bin Muaz rah.a (seorang ahlullah yang terkemuka di mana-mana di dunia ini) sering berkata di dalam munajatnya: " Ya ALLAH, hamba tidak merasa gembira di malam hari kecuali dengan bermunajat dan berbisik-bisik kepada Engkau. Dan hamba tidak berasa gembira di siang hari kecuali dengan beribadat kepada Engkau. Dan hamba tidak merasa gembira di dunia ini kecuali dengan menyebut nama Engkau yang Maha Agung. Dan hamba tidak akan berasa puas di alam akhirat kecuali dengan pengampunan Engkau (terhadap dosa-dosaku). Dan hamba tidak akan berdukacita di syurga kecuali dengan menyaksikan wajah Engkau (Yang Maha Indah).”
No comments:
Post a Comment